Sunday, June 18, 2006

Wahai sahabatku...


Fajar menyingsing di pagi hari,
Menerangi seluruh pelusuk bumi.
Kerap ku terfikir seorang diri,
Apakah tujuan terciptanya diri ini?

Hidup di dunia hanyalah sementara,
Akhirat jua kekal selamanya.
Ku susun sepuluh jari, berdoa seraya,
Tiadakah lagi kedamaian di dunia?

Pasang surut silih berganti,
Patah tumbuh hilang berganti.
Kami insan tiada upaya diri,
Ya Allah ku akui, lemahnya diri ku ini.

Berkumandang azan bertalu-talu,
Di pagi yang dingin penuh syahdu.
Aku berdiri menyambut seruan Mu,
Mengharapkan keredhaan tulus daripada Mu

Ya Allah ya tuhanku,
Hatiku risau tiada terperi.
Ku menadahkan tangan bedoa kepadamu,
Di manakah tempatku ku di akhirat nanti?

Hari demi hari terus berlalu,
Memamah zaman yang kini semakin rapu.
Alangkah indahnya jika ku dapat tatap wajahmu
Ya Rasulullah, aku rindu kepadamu!

Kitab suci Allah sebuah mukjizat
Tibanya hisab engkaulah pemberi syafa’at
Ingin ku bertemu dengan mu nanti di akhirat
Pimpinlah tanganku melalui titian Sirat!

Ya Allah ku rindukan SyurgaMu,
Ya Rasul ku rindukan Syafa'atmu.
Ampunkanlah segala dosa-dosa ku,
Terimalah aku sebagai ummatmu.

Berlinang air mata membasahi pipi,
BerTahajjud seorang di malam yang sepi.
Tunjukkan aku jalan yang diredhai,
Supaya tenang ketika dicabut nyawaku nanti.

Ya Allah maafkan aku akan keterlaluan diriku,
Segala keterlanjuran berpunca dari kesilapan ku.
Kini ku ingin mendekatkan diri kepada Mu
Supaya dapat ku jejak taman Syurga Mu

Warkah ini hanya cebisan kehidupanku,
Untuk pedoman bagi yang ingin mendekatiMu
Ku bersyukur kerana diberi pertunjuk kepadaku
Janganlah berlengah lagi wahai SAHABATKU…...

Karangan Ramizan Bin Rassol (Hak cipta terpelihara)

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Beb,

Kau punya karangan memang power.. touching seh bila baca however it was too lenghty lah... By the way kalau kau punya blog can be broken up into different types of pages and content will be much better cause human tendency is, they get tired easily after scrolling down for quite sometime.

5:06 PM  
Anonymous Anonymous said...

Terima kasih Akhi Zul. Dalam hal Agama ni, aku memang sensitif sikit. Inilah caranya aku buat puisi, mudah-mudahan boleh membuka mata hati sesiapa yang membacanya. Insya Allah.

6:32 PM  
Anonymous Anonymous said...

Tak beb

Maksud aku kau punya page ni terlampau panjang sangat. Actually, it would be better kalau different topics on the other page ataupun kau blh hyperlink kat page lagi satu...

9:21 PM  
Anonymous Anonymous said...

InsyaAllah. Permintaan anda akan ku kotai.

9:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

sesiapa yg menghayati puisi anta pasti tersentuh

2:43 AM  
Anonymous Anonymous said...

Kita Khalifah di bumi ini
Berpijak untuk menyembah Ilahi
Berbakti pada anak bumi
Serta alam kurniaan Ilahi

Kita Khalifah di bumi ini
Hanya sementara cuma di sini
Janji Allah memang pasti
Yang hidup pasti akan mati

Kita Khalifah di bumi ini
Beramal ibadah menyucikan diri
Noda dosa yang menggelapkan hati
Berzikir, bertahmid kunci abadi

Kita Khalifah di bumi ini
Mesti ingat kedha'ifan diri
Kekuatan hanya kurniaan Ilahi
Untuk berpijak kukuh di bumi
Yang sementara ini

Kita Khalifah di bumi ini
Diciptakan pasti bervisi
Dijadikan pasti bermisi
Cernakan visi dan misi
Di dalam diri kita ini
Agar terus menjadi insan berbudi
Pada bumi dan juga Ilahi

8:58 AM  

Post a Comment

<< Home